Sunday, January 7, 2018

KELAHIRAN ADAM RIZQI SI JANTUNG HATI IBU DAN AYAH

 Assalammualaikum ..rasanya ini entry yang terbaik untuk 2018.. cepat sungguh masa berlalu meninggal kehidupan seharian dah bertahun lama juga blog ini menjadi si peneman hati dikala sunyi..mencoretkan sekala isi hati yang tidak mampu digambarkan dengan kata -kata tetapi mampu diluahkan dengan penulisan dan coretan ...
Kelahiran putera pertama nuaratul Adam Rizqi setahun yang lepas pada tahun 2017  03 Mac 2017 pada pukul 10.53 seberat 3.33kg.. adam ni memang kena dengan nombor 3 sebab masa kelahiran dia banyak sungguh nombor tiga (3)

Kronologi kelahiran adam..

1 Mac 2017 
ibu adam sudah tidak mampu untuk ulang alik ketempat kerja menaiki motorsikal dengan ayah adam tetapi digagahkan jugak pergi kerja sebab kalau nak cuti awal pun sayang cuti sebab cuti ibu adam dua bulan sahaja cukup cukup ibu habis pantang terus naik kerja.Ibu adam mc hari ini.Pergi klinik doktor nasihatkan ibu adam terus ambil cuti sampai bersalin sebab ibu adam pun sudah kelihatan stress dan penat.almaklum la masa mengandung berat naik 21kg tak pernah2 seberat tu sepanjang hidup sampai 26 tahun.

2 Mac 2017
pagi tu siap-siap nak pergi kerja walaupun ayah adam dah suruh cuti sebab dah nampak sangat ibu adam tak larat dah nak bawak badan.masa ibu adam dah siap mandi tiba-tiba tengah lap2 badan raba2 ada darah dekat jari ibu adam.Darah itu dari bahagian private part.ibu tak tau nk gelabah ka nak mcm mana.Bagitau ayah adam darah sudah keluar tapi ibu tiada rasa sakit apa -apa seperti dalam drama.So boleh la rilex2 lagi,Jadi ny masing2 buat keputusan  pergi ke hospital serdang untuk checkup.Beg pakai semua dah siap dah memang get ready.Konon-konon nak serah diri pergila breakfast dulu dengan ayah adam.makanla nasi lemak dan kuih muih..tetapi sempat lagi bagitau dekat ayah adam..tak rasa sakit apa2 pun xkn dh nk bersalin kan..
Pergila serah diri dekat doktor sepatutny tarikh due 10hb Mac so lagi seminggu la maksudny..anak sulong ni memang kalau staff nurse and doktor check mesti cakap lambat lagi ni nak2 msa doktor buat VE baru 1 cm.belum ada laluan lagi.Doktor bagi kata putus nak balik dulu or stay..mestila ibu nak balik dulu buat apa nk tggu dekat hospital lama2 ..almaklumla hospital goverment.
Ibu dengan ayah pun balik la rumah..ibu buat keputusan untuk sambung cuti terus and ambil maternity leave sebab ibu sudah malas  hendak ke tempat kerja..Sempat lg whatsapp dekat group office, group family mintak maaf kalau ada salah silap untuk melalui proses bersalin..
So,ibu buat keputusan nak exercise kemaskan satu rumah mop lantai cuci bilik air konon cepatkan proses bersalin tidak dilupakan jugak akar fatimah..akar fatimah ibu memang dah rendam untuk minum ni pun lau ikutkan mak yg suruh minum,,nama pun pengalaman pertama  so kita ikutkan jelah..ibu adam minum akar fatimah ni 1 cawan pukul 3 petang.Selepas minum air akar fatimah ni sudah rasa nyutnyut  dekat dalam perut tapi sakit tu x kerap maksudny contraction tu xkerap2. So layankan jela...sudap siap kemas rumah petang ibu dah kepenatan..mak dekat kampung sudah cal2 gitau jangan buat kerja berat sangat takut nanti tak larat nk teran kalau kata bersalin dalam masa terdekat.Malam tu ajak ayah adam jalan2 dekat mall sementara nak ambil minyak wangi dekat kak ekin..masa tu dah rasa contraction siap pergi perkena abc dngn mee sizzling sbelum tu..siap tapau lagi buah anggur dekat mall.sempatla jamah 1 mangkuk buah anggur. 

3 Mac 2017

Jam menunjukkan pkul 12 malam masa tu ibu dekat kedai makan menikmati abc dan juga mee sizzling dah cakap dekat ayah rasa sakit sikit2 tapi masih dalam kiraan yang agak jauh bukan dekat2.
Ayah adam dah bgtau dekat mak mertua untuk datang ke rumah tapi mungkin lambat lagi keluarny almklumla dekat kmpung ada banyak kerja kahwin. Ibu and ayah adam tido macam biasa.Sebelum tidur ibu tenguk lagi 1 cawan air akar fatimah
2.00 pg- Ibu dah mula rasa sakit sehingga menganggu tidur ibu..Tapi ibu layankn jugak masih tak berganjak ke hospital.So ayah adam pun mengajak ibu ke hospital shah alam sebab disana keadaan tidak terlalu sibuk berbanding hospital serdang.Sampai di hospital shah alam doktor pun buat VE masih 2 cm so ibu decide untuk pulang ke rumah sebab masa itu contraction pun tidak terlalu kuat tetapi masih terasa.Ibu dah give up rasa mcm nk balik kampung mlm itu jugak.Yela bila bersama suami masing2 belum ada pengalaman so kita tidk ada sokongan moral.Redah je masing2.
4.00pg- Contraction semakin kuat sampai ibu dah xketahuan.. bangun berjalan 1 rumah ulang alik masuk bilik air sebab rasa nk cirit birit tapi yang keluar skit2 je..Menangis2 ibu adam dekat ayah mintak tolong buat apa2 yang ptot doakn semoga dipermudahkan.
6.00pg- Masih melayan contraction dan masih tidak pergi ke hospital, Mak dikampung sudah telefon bertanya khabar ibu mengadu kesakitan tetapi masih tidak berganjak ke hospital.Alih mintak bercakap dengan ayah adam supaya bawa ibu ke hospital so bila dah bercakap dengan ayah adam kitaorang decide untuk pergi ke hospital.
7.30 pg -bergerak dari rumah sempat lagi ayah adam pergi isi minyak kereta sementara ibu menahan kesakitan.sudah kepit2 dah ibu ini.masa ini memang tak fikir nk breakfast ke apa .tak tahu apa yg difikirkn sebab mmg xfikir nk bersalin.sampai dekat hospital ibu pergi dulu kaunter pendaftaran dah terkepit2 dah ibu menahan sakit alih ibu masuk dulu kedalam mintak ayah yg tolong dftarkan..Nurse sudah pasti merasakan lambat lagi ibu nak bersalin sebab kelmarin pagi ibu sudah pergi dan baru 1 cm dijangkakan ank sulong pasti lambat lagi dan tarikh due pun lagi seminggu.Ibu masih sama keluar masuk toilet tapi rasa nak marah ibu kalau dipasng ctg sebab masa tu dah xselesa dan masa doktor panggil ibu masih dalam toilet. Bila ibu baring di katil doktor nk pasang ctg ibu dah rasa nak marah lagi sekali dan mintak doktor terus check laluan rupanya dah 6 cm ..terus ditolakkan ke labor room terus ibu whtsapp ayah dan group family serta group office informed ibu dah nak bersalin

Dalam labor room,

Ibu ditinggalkan dengan ayah dalam labor room masa ni tak tahu nak cakap sakit dia mcm mana xdpat digambar dengan kata-kata.Semua staff dan doctor expect ibu lambat lagi nk tggu bukaan ke 10 cm..padahal cepat je jalany bukak nak ke 10 cm..ayah mcm tak tahu apa2 almklumla masing2 first time.but rasanya dalam banyak2 moment sepnjang bersama dgn ayah adam moment dalam labor room yg pling indah..alhamdulilah Allah beri kita merasa moment3 ni..saat adam dikeluarkn bila ibu nmpak adam diangkat dengan bunyi tangisan dia perasaanny lega bersyukur sebak semua ada,,alhamdulilah dah xkisah dh kena jahit ke apa lepas tu..xsabar dh nk peluk anak nk bg susu..alhamdulilah syukur ya ALLAH..


adam si bambam ibu..
ni adam fresh dari dlm oven 



























Tidur pun dah macam2 gaya dah ank ibu 
wajah adam berubah2 seiring dengan usia tapi banyk wajah ayah bila dh membesar..
untuk Adam Rizqi anak Sulong ibu dan ayah 
jadilah ank yg berguna pada diri keluarga masyarakat agama bangsa dan sedunianya 
semoga kelahiran adam kedunia menjadi walimah kepada dunia seantero memberi sumbagan dan anjakan paradigma yg baik kepada semua
ibu sayang adam.. penghuni pertama dalam rahim ibu...

No comments:

Post a Comment