Thursday, August 27, 2020

MASTER JOURNEY (throwback)


Assalammualaikum..

So its about master journey, of course its not easy and almost give up.From 10 student and lastly only 5 stay until the end. Before get married decided to continue master as one of criteria to be a lecturer. I'm very interested to become lecturer , however there is a lot of obstacle and challenges before become a lecturer. So, i decided to stay in industries and try to have career advancement before 35 years old..
Masa ni masa awal2 apply tu listing apa yg perlu prepare untuk registed as master student




masa ni masa nak dftar ibu pergi kelas 

masa ni bru je kahwin amboi berseri lagi tuu



Teringat lagi masa class pertama, masa tu jumpa kak nurmi tengah mencari kelas, lepas tu jumpa erna..terpinga-pinga masa tu sebab nak cari kelas..perasaan?
macam-macam rasa la masa hari pertama sebabnya pengalaman baru..

ada jugak rasa nak give up sebab rasa macam xmasuk kepala....hurmmm...alhamdulilah syukur sebab masa tu kitorang mmg sekepala n bantu membantu antara satu sama lain...tapi before tu sebelum nak dapat kos ni memang ada interview and exam bertulis.alhamdulilah ramai jugak yg apply kos ni dan alhamdulilah ada rezeki untuk ibu.

Niat nak sambung master pada mulanya adalah untuk menjadi pensyarah..bagi ibu..ibu seorang never give up and try hard walaupun masa tu tinggal ibu keseorangan..impian menjadi seorang guru adalah dari kecil lagi..tapi apakan daya begitu jauh perjalanan ibu untuk menjadi seorang pendidik. salah satu kekurangan nya of course la masalah communication and writing skills ibu.

Semua lecturer bagi gambaran yang as master student everyone should be dependent and know how to tackle your own problem..masa registered tu belum kahwen lagi..masih dalam alam pertunangan..
nasiblah encik tunang merangkap suami sekarang bagi pinjam kereta dia on friday ...sbb class petang and bila khamis mmg akn pergi rumah dia ambil kereta then pagi masuk office mcam biasa petang blik seawal pkul 3 petang untuk pergi ke kelas.esok nya lepas habis class baru hantar bali kereta dekat dia..alhmadulilah dia memahami dan sanggup pertaruhkan kereta dia demi kegunaan tunang kesayangan..

alhamdulilah....semuany selamat sebabnya masa tu mmg xcekap dalam pemanduan dan paksa diri untuk memandu sebabnya untuk pergi ke kelas..so jadual kelas selang semiggu .. sebulan 2 kali setiap hari jumaat dan sabtu..

Masa awal2 semuany terasa terasing alhamdulilah sebabny dapat lecturer yang memahami Dr Shidah, yg banyk bagi nasihat , dorongan dan semangat ..masa semester pertama bulan kedua dah masuk ke alam perkahwinan..banyakkan perjalanan yang tidak begitu mudah..dalam kesibukkan menyiapkn persiapan perkahwinan terselit jugak class dan assigment dari lecturer..tapi masa tu tiada seorang pun lecturer yang aware yang aku akn berkahwin. sebab xpernah skip kelas..begitu gigihnya..









Masa dah masuk alam perkahwinan perjalanan tu xsemudah yg disangka tetapi disebabkn encik suami sudah di ingatkn tentang tanggujawab so banyk yang suami tolong bantu dari segi hal rumahtangga...kadang2 ada jugak mintak pertolongan dia untuk siapkn assigment yg mudah..huhuhu yg mana yang mampu la kan..

2 bulan selepas berkahwin disahkn mengandung..masa tu berfikir jugak mampu kah aku..dengan tanggungjawab dan komitment yang semakin bertambah..bila dengar kata-kata semangat dari rakan- sepejabat dan juga nasihat dari Dr Shidah untuk teruskan pengajian kebetulan msa tu sem 1 baru lagi pregnant dan terpaksa extend sem 2 sebab msa tarikh register untuk sem 2 masa tula bersalinkan Adam Rizqi.Ada niat jugak sebenarnya untuk sambung jugak dalam pantang tu tapi sudah diingatkan supaya berpantang sebaiknya untuk anak pertama.Ada benar jugak kata-katanya.






Perjalanan master of course ada pasang surut dan berjaya mengandung dua kali sewaktu dalam pengajian..ahahahah so terlahirlah adam dan hawa selama tempoh 2 tahun setengah . Selamat melahirkan hawa selepas hantar dissertation dekat faculty dan supervisor. Kebetulan masa tu dapat supervisor yang sangat memahami..syukur sangat..gigih la bawak perut kehulur kehilir jumpa supervisor sampi ke rumah dan berjaya penuhi permintaan supervisor..



masa ni pregnant kan hawa ammara n submit dissertation 

Kadang ibu rasa macam mimpi ibu berjaya habiskan pengajian dalam ijazah sarjana (Master)..ini semua berkat sokongan suami yg utama..bantu dari segala hal..I love U..yess UUUUUUU!!!!!

Disebabkan ada certain subject yg perlu diambil dan tak sama macam student part time yg lain so ibu terpaksa join kelas full time untuk cover balik..so dalam seminggu ibu ada dua kali kelas..Penat? of course la penat ..tetapi waktu tu belum pregnant so rasa lapang la nk bergerak..kalau x gigih jugakla sebab perut ibu mmg besar yee masa pregnant mana tak nya 20 kg naik tau..





Jarak dari parking kereta ke kelas pun boleh tahan jauhnya..Tetapi yg ibu seronok bila kita pregnant orang akn lebih hormat kita bila kita menuntut ilmu,,pernah satu ketika ibu hampir pitam..sebabny jarak dari kelas ke surau agak jauh dan berulang alik ke toilet sebab sakit perut. hampir nak pitam tapi ibu gagahkan jugak diri sebab ada test statistic hari tu..Alhamdulilah ibu kuat,,anak2 ibu pun kuat walaupun ada masa pregnant kan Adam ibu admitted sbb Adam kurang gerak...huhuhu beristirehatla ibu di hospital kebetulan masa tu rumah xda air ibu mengangkut plak air ..

Apa- apa pun ibu xpernah menyesal sambung master dan merasa bangga dgn pencapaian diri ibu..harap-harap anak-ank ibu pun bangga dan dapat contohi usaha keras ibu dalam jihad menuntut ilmu ye sayang..Ambilah semangat ibu ini dikala rasa jatuh  dan lelah..tiada benda yang muda jikalau ingin berjaya dan percayalah sekiranya kita bodoh tetapi kita berusaha maka Allah akn bantu memberi kebijaksaanya kepada kita..

Maka pada tahun 2019 ibu berjaya bergraduasi bersama suami dan anak2..alhamdulilah kali ini semuany lebih baik dari dua konvo sebelum ini;; terima kasih mak ayah datang msa konvo akak..akak xmampu beri wang berjuta pada mak ayah tapi akak janji akn beri kejayaan untuk buat mak ayah tersenyum..

Pesanan ibu buat anak2 ibu..ibu tidaklah hebat tetapi ibu cuma mahu anak-anak ibu jangan pernah berhenti menuntut ilmu...ilmu itu sampai ke liang lahad tidak pernah habis..Ikhlaskn diri dalam jihad menuntut ilmu.. hormat pada orang yg lebih banyak ilmunya dan gali sebanyak mana ilmu yang boleh,..Allah kurniakn kecelikkan hati minda dan mata buat anak2 ku...jadikan mereka manusia atau khalifah untuk insan lain..tetapkan hati mereka agar tidak terpesong dengan anasir-anasir jahat....amin..


Tekad ibu untuk dapatkan PHD sebelum umur 35 tahun..Allah mudahkn dan buka ruang rezeki untuk upgrade ilmu dalam diri. : D

-ibu tengah nak maksudkan gmbar konvo xtau letak mana..ehehee
 



Wednesday, January 30, 2019

CORETAN KEHIDUPAN IBU , AYAH DAN ADAM RIZQI

Ibu adam masih mempunyai saki baki perjuangan untuk menulis di dalam blog ni... kalau hendak diikutkan banyk coretan tentang perjalanan kehidupan selepas kehadiran adam dalam hidup ibu ..Kehidupan yang saban hari semakin mencabar dan menceriakan..begitulah kehidupan yang sementara.. Penambahan usia yang tidak disedari memberi kematangan kepada cinta kami ibu dan ayah adam dalam melayari kehidupan ditambah pula dengan kehadiran si kecil adam rizqi. Bagaikan sebuah mimpi mempunyai si kecil yang bijak dan menceriakan hari -hari ibu membuatkn ibu merasakan satu kerugian untuk tidak menikmati kehidupan yang sementara..

Kami masih berusaha keras untuk saling melengkapi antara satu sama lain dalam mengharungi liku liku kehidupan. Usaha ke arah memberi penambah baikan kepada kehidupan kami suami isteri..Di tambah dengan tanggungjawab baru dalam menjaga amanah yang diberi tidaklah begitu mudah. Seusia 28 tahun banyak lagi yang perlu dicapai dan digapai untuk memberi keselesaan kepada setiap insan yang disayangi di dunia ini.Tidak dilupakan juga tanggungjwab unmtuk mengharungi hari kematian kelak..

Disaat ini ibu sedang sarat mengandungkan adik adam yang bakal dilahirkan September nanti.. Kehadiran yang begitu bermakna buat ibu dan ayah kerana kehadiran cahaya mata kedua membuat kan kami berdua tertanya adakah tingkah laku sama seperti abangnya.. Harap-harap begitulah.. kerana Adam Rizqi merupakan anak ibu yang biujak pandai membawa diri, disayangi oleh semua orang walaupun baru kali pertama bertemunya... Tidak tercapai dek akal dikurniakan anak secomel adama walaupun ibu dan ayah adam tidak lah begitu "elok" bak kata orang kedah..

Sehingga saat ini sedikit demi sedikit apa yg ibu impikan telah ibu kecapi termasuk menamatkan pengajian dalam peringkat master. Alhamdulilha. bukan begitu mudah tetapi nak seribu daya xhendak seribu dalih..begitula ungkapannya.. Pengorbanan masa tenaga wang ringgit untuk mendapatkan segulung sarjana bukan mudah seperti yang diungkapkan..Sekarang aku sedar yang kita tidak dilahirkan untuk menjadi orang bodoh tapi tidak jugak dilahirkan menjadi seorang yang genius tanpa usaha.. Begitulah manusia perlukan usaha seiring doa dipanjatkan kepada yang maha Esa untuk menggapai segala impian.. jauh lg perjalanan. Sementara ibu sibuk menggapai cita-cita begitula jua seiring dengan ujian kehidupan yg diberikan..letih bila difikirkan..mencari solusi pada setiap masalah.. Beruntungny ibu dikurniakan suami yang memahami walaupun kekadang terasa "annoying" dengan tingkah lakunya tetapi tetap menghiburkan hati..suami yang penyabar dan sangat rajin membantu...masih berharap ayah adam kekal begitu sehigga hujung hayat...

Jika diberi keizinan masa dipnjangkn usia ibu rajinkan ciri mencoretkan
1) penanti kedua cahaya mata ibu yang supersuprise
2) road to Master
3) Selamat Hari Raya


ANUGERAH KEDUA HAWA AMMARA

Assalammualaikum ..
sekarang memang ibu cilok2 je update blogs nie..sebab kan kekangan masa so ibu xboleh nak update selalu.Tetapi ibu tetap akan update jugak kenangan2 yg terpenting dan teristimewa dalam hidup ibu.Nampak tak sejak ada anak ni dah start bhsa diri ibu rasa lebih dekat dengan pembaca. Lepas itu adala pembaca yang cakap ko bukan ibu aku pun nak bhsa diri ibu...nampak benorr xbelajar bhsa monolog.ahahaha inikan tengah bermonolog.
So of course la ada perbezaan antara kandungan pertama dan kedua.Kalau ikutkan kedua2 kandungan ada perbezaaan persamaannya ibu kurang morning sickness dan alhamdulilah walaupun gap mengandung anak pertama dan anak kedua jarak nya dekat tetapi alhamdulilah ibu dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang mengandung.
                                          Test pregnancy ni ibu check sendiri selepas sebulan tak datang period.Masa tu dekat rumah maktok and tok ayah. Masa itu ibu balik dengan abang adam ja..Abg adam pun umurnya baru 11 bulan.Kiranya ibu mengandung masa adam umur 10 bulan.Kesian abang adam kecik dah jadi abang.Ibu dan ayah alhamdulilah ok dan happy dengan kelahiran kedua walaupun biasa la adala mulut orang akan cakap nanti abang adam kurang kasih sayang la..Masa tempoh mengandung Hawa Ammara , perjalanan nya begitu mudah dengan bantuan ayah adam walaupun kadang ada jugak pertengkaran kecil sebabnny kena dengan ibu mengandung yang sarat muatan ni mmg lah ada masalah gangguan emosi kecil..hehehe.


Anak teruna ibu sentiasa no 1 di hati ibu..

Masa mengandung ibu suka main makeup2 kalau perasan setiap kali keluar mesti ibu akan makeup..
Buah hati jantung ibu si Mohammad Khairul Anuar
Semoga kita bersama2 hingga hujung nyawa
Berat ibu masa mengandung Hawa sama naik ja mcm mengandung Hawa,,Xpaham betol ibu yang mana mengandung tak naik banyak ibu naik berkilo2 

Adam dah pandai bermuka2 bila ambil gambar..sayang Adam Rizqi... Masa mengandung Adam ibu kuat makan benda masam2.. tapi ibu kuat minum air masak.Masa mengandung Hawa ibu banyak makan dan minum air manis..itu perbezaan ketara..Kalau dari segi muka masa mengandung memang susah naik jerawat compare msa zaman bujang...Mengandung anak2 dekat kena ada sokongan dari suami barula perjalanan lagi mudah...






















Layanla dulu gmbar sikenit Hawa Ammara ni nnt ada masa ibu update lagi.

Sunday, January 7, 2018

KELAHIRAN ADAM RIZQI SI JANTUNG HATI IBU DAN AYAH

 Assalammualaikum ..rasanya ini entry yang terbaik untuk 2018.. cepat sungguh masa berlalu meninggal kehidupan seharian dah bertahun lama juga blog ini menjadi si peneman hati dikala sunyi..mencoretkan sekala isi hati yang tidak mampu digambarkan dengan kata -kata tetapi mampu diluahkan dengan penulisan dan coretan ...
Kelahiran putera pertama nuaratul Adam Rizqi setahun yang lepas pada tahun 2017  03 Mac 2017 pada pukul 10.53 seberat 3.33kg.. adam ni memang kena dengan nombor 3 sebab masa kelahiran dia banyak sungguh nombor tiga (3)

Kronologi kelahiran adam..

1 Mac 2017 
ibu adam sudah tidak mampu untuk ulang alik ketempat kerja menaiki motorsikal dengan ayah adam tetapi digagahkan jugak pergi kerja sebab kalau nak cuti awal pun sayang cuti sebab cuti ibu adam dua bulan sahaja cukup cukup ibu habis pantang terus naik kerja.Ibu adam mc hari ini.Pergi klinik doktor nasihatkan ibu adam terus ambil cuti sampai bersalin sebab ibu adam pun sudah kelihatan stress dan penat.almaklum la masa mengandung berat naik 21kg tak pernah2 seberat tu sepanjang hidup sampai 26 tahun.

2 Mac 2017
pagi tu siap-siap nak pergi kerja walaupun ayah adam dah suruh cuti sebab dah nampak sangat ibu adam tak larat dah nak bawak badan.masa ibu adam dah siap mandi tiba-tiba tengah lap2 badan raba2 ada darah dekat jari ibu adam.Darah itu dari bahagian private part.ibu tak tau nk gelabah ka nak mcm mana.Bagitau ayah adam darah sudah keluar tapi ibu tiada rasa sakit apa -apa seperti dalam drama.So boleh la rilex2 lagi,Jadi ny masing2 buat keputusan  pergi ke hospital serdang untuk checkup.Beg pakai semua dah siap dah memang get ready.Konon-konon nak serah diri pergila breakfast dulu dengan ayah adam.makanla nasi lemak dan kuih muih..tetapi sempat lagi bagitau dekat ayah adam..tak rasa sakit apa2 pun xkn dh nk bersalin kan..
Pergila serah diri dekat doktor sepatutny tarikh due 10hb Mac so lagi seminggu la maksudny..anak sulong ni memang kalau staff nurse and doktor check mesti cakap lambat lagi ni nak2 msa doktor buat VE baru 1 cm.belum ada laluan lagi.Doktor bagi kata putus nak balik dulu or stay..mestila ibu nak balik dulu buat apa nk tggu dekat hospital lama2 ..almaklumla hospital goverment.
Ibu dengan ayah pun balik la rumah..ibu buat keputusan untuk sambung cuti terus and ambil maternity leave sebab ibu sudah malas  hendak ke tempat kerja..Sempat lg whatsapp dekat group office, group family mintak maaf kalau ada salah silap untuk melalui proses bersalin..
So,ibu buat keputusan nak exercise kemaskan satu rumah mop lantai cuci bilik air konon cepatkan proses bersalin tidak dilupakan jugak akar fatimah..akar fatimah ibu memang dah rendam untuk minum ni pun lau ikutkan mak yg suruh minum,,nama pun pengalaman pertama  so kita ikutkan jelah..ibu adam minum akar fatimah ni 1 cawan pukul 3 petang.Selepas minum air akar fatimah ni sudah rasa nyutnyut  dekat dalam perut tapi sakit tu x kerap maksudny contraction tu xkerap2. So layankan jela...sudap siap kemas rumah petang ibu dah kepenatan..mak dekat kampung sudah cal2 gitau jangan buat kerja berat sangat takut nanti tak larat nk teran kalau kata bersalin dalam masa terdekat.Malam tu ajak ayah adam jalan2 dekat mall sementara nak ambil minyak wangi dekat kak ekin..masa tu dah rasa contraction siap pergi perkena abc dngn mee sizzling sbelum tu..siap tapau lagi buah anggur dekat mall.sempatla jamah 1 mangkuk buah anggur. 

3 Mac 2017

Jam menunjukkan pkul 12 malam masa tu ibu dekat kedai makan menikmati abc dan juga mee sizzling dah cakap dekat ayah rasa sakit sikit2 tapi masih dalam kiraan yang agak jauh bukan dekat2.
Ayah adam dah bgtau dekat mak mertua untuk datang ke rumah tapi mungkin lambat lagi keluarny almklumla dekat kmpung ada banyak kerja kahwin. Ibu and ayah adam tido macam biasa.Sebelum tidur ibu tenguk lagi 1 cawan air akar fatimah
2.00 pg- Ibu dah mula rasa sakit sehingga menganggu tidur ibu..Tapi ibu layankn jugak masih tak berganjak ke hospital.So ayah adam pun mengajak ibu ke hospital shah alam sebab disana keadaan tidak terlalu sibuk berbanding hospital serdang.Sampai di hospital shah alam doktor pun buat VE masih 2 cm so ibu decide untuk pulang ke rumah sebab masa itu contraction pun tidak terlalu kuat tetapi masih terasa.Ibu dah give up rasa mcm nk balik kampung mlm itu jugak.Yela bila bersama suami masing2 belum ada pengalaman so kita tidk ada sokongan moral.Redah je masing2.
4.00pg- Contraction semakin kuat sampai ibu dah xketahuan.. bangun berjalan 1 rumah ulang alik masuk bilik air sebab rasa nk cirit birit tapi yang keluar skit2 je..Menangis2 ibu adam dekat ayah mintak tolong buat apa2 yang ptot doakn semoga dipermudahkan.
6.00pg- Masih melayan contraction dan masih tidak pergi ke hospital, Mak dikampung sudah telefon bertanya khabar ibu mengadu kesakitan tetapi masih tidak berganjak ke hospital.Alih mintak bercakap dengan ayah adam supaya bawa ibu ke hospital so bila dah bercakap dengan ayah adam kitaorang decide untuk pergi ke hospital.
7.30 pg -bergerak dari rumah sempat lagi ayah adam pergi isi minyak kereta sementara ibu menahan kesakitan.sudah kepit2 dah ibu ini.masa ini memang tak fikir nk breakfast ke apa .tak tahu apa yg difikirkn sebab mmg xfikir nk bersalin.sampai dekat hospital ibu pergi dulu kaunter pendaftaran dah terkepit2 dah ibu menahan sakit alih ibu masuk dulu kedalam mintak ayah yg tolong dftarkan..Nurse sudah pasti merasakan lambat lagi ibu nak bersalin sebab kelmarin pagi ibu sudah pergi dan baru 1 cm dijangkakan ank sulong pasti lambat lagi dan tarikh due pun lagi seminggu.Ibu masih sama keluar masuk toilet tapi rasa nak marah ibu kalau dipasng ctg sebab masa tu dah xselesa dan masa doktor panggil ibu masih dalam toilet. Bila ibu baring di katil doktor nk pasang ctg ibu dah rasa nak marah lagi sekali dan mintak doktor terus check laluan rupanya dah 6 cm ..terus ditolakkan ke labor room terus ibu whtsapp ayah dan group family serta group office informed ibu dah nak bersalin

Dalam labor room,

Ibu ditinggalkan dengan ayah dalam labor room masa ni tak tahu nak cakap sakit dia mcm mana xdpat digambar dengan kata-kata.Semua staff dan doctor expect ibu lambat lagi nk tggu bukaan ke 10 cm..padahal cepat je jalany bukak nak ke 10 cm..ayah mcm tak tahu apa2 almklumla masing2 first time.but rasanya dalam banyak2 moment sepnjang bersama dgn ayah adam moment dalam labor room yg pling indah..alhamdulilah Allah beri kita merasa moment3 ni..saat adam dikeluarkn bila ibu nmpak adam diangkat dengan bunyi tangisan dia perasaanny lega bersyukur sebak semua ada,,alhamdulilah dah xkisah dh kena jahit ke apa lepas tu..xsabar dh nk peluk anak nk bg susu..alhamdulilah syukur ya ALLAH..


adam si bambam ibu..
ni adam fresh dari dlm oven 



























Tidur pun dah macam2 gaya dah ank ibu 
wajah adam berubah2 seiring dengan usia tapi banyk wajah ayah bila dh membesar..
untuk Adam Rizqi anak Sulong ibu dan ayah 
jadilah ank yg berguna pada diri keluarga masyarakat agama bangsa dan sedunianya 
semoga kelahiran adam kedunia menjadi walimah kepada dunia seantero memberi sumbagan dan anjakan paradigma yg baik kepada semua
ibu sayang adam.. penghuni pertama dalam rahim ibu...