Thursday, August 27, 2020

MASTER JOURNEY (throwback)


Assalammualaikum..

So its about master journey, of course its not easy and almost give up.From 10 student and lastly only 5 stay until the end. Before get married decided to continue master as one of criteria to be a lecturer. I'm very interested to become lecturer , however there is a lot of obstacle and challenges before become a lecturer. So, i decided to stay in industries and try to have career advancement before 35 years old..
Masa ni masa awal2 apply tu listing apa yg perlu prepare untuk registed as master student




masa ni masa nak dftar ibu pergi kelas 

masa ni bru je kahwin amboi berseri lagi tuu



Teringat lagi masa class pertama, masa tu jumpa kak nurmi tengah mencari kelas, lepas tu jumpa erna..terpinga-pinga masa tu sebab nak cari kelas..perasaan?
macam-macam rasa la masa hari pertama sebabnya pengalaman baru..

ada jugak rasa nak give up sebab rasa macam xmasuk kepala....hurmmm...alhamdulilah syukur sebab masa tu kitorang mmg sekepala n bantu membantu antara satu sama lain...tapi before tu sebelum nak dapat kos ni memang ada interview and exam bertulis.alhamdulilah ramai jugak yg apply kos ni dan alhamdulilah ada rezeki untuk ibu.

Niat nak sambung master pada mulanya adalah untuk menjadi pensyarah..bagi ibu..ibu seorang never give up and try hard walaupun masa tu tinggal ibu keseorangan..impian menjadi seorang guru adalah dari kecil lagi..tapi apakan daya begitu jauh perjalanan ibu untuk menjadi seorang pendidik. salah satu kekurangan nya of course la masalah communication and writing skills ibu.

Semua lecturer bagi gambaran yang as master student everyone should be dependent and know how to tackle your own problem..masa registered tu belum kahwen lagi..masih dalam alam pertunangan..
nasiblah encik tunang merangkap suami sekarang bagi pinjam kereta dia on friday ...sbb class petang and bila khamis mmg akn pergi rumah dia ambil kereta then pagi masuk office mcam biasa petang blik seawal pkul 3 petang untuk pergi ke kelas.esok nya lepas habis class baru hantar bali kereta dekat dia..alhmadulilah dia memahami dan sanggup pertaruhkan kereta dia demi kegunaan tunang kesayangan..

alhamdulilah....semuany selamat sebabnya masa tu mmg xcekap dalam pemanduan dan paksa diri untuk memandu sebabnya untuk pergi ke kelas..so jadual kelas selang semiggu .. sebulan 2 kali setiap hari jumaat dan sabtu..

Masa awal2 semuany terasa terasing alhamdulilah sebabny dapat lecturer yang memahami Dr Shidah, yg banyk bagi nasihat , dorongan dan semangat ..masa semester pertama bulan kedua dah masuk ke alam perkahwinan..banyakkan perjalanan yang tidak begitu mudah..dalam kesibukkan menyiapkn persiapan perkahwinan terselit jugak class dan assigment dari lecturer..tapi masa tu tiada seorang pun lecturer yang aware yang aku akn berkahwin. sebab xpernah skip kelas..begitu gigihnya..









Masa dah masuk alam perkahwinan perjalanan tu xsemudah yg disangka tetapi disebabkn encik suami sudah di ingatkn tentang tanggujawab so banyk yang suami tolong bantu dari segi hal rumahtangga...kadang2 ada jugak mintak pertolongan dia untuk siapkn assigment yg mudah..huhuhu yg mana yang mampu la kan..

2 bulan selepas berkahwin disahkn mengandung..masa tu berfikir jugak mampu kah aku..dengan tanggungjawab dan komitment yang semakin bertambah..bila dengar kata-kata semangat dari rakan- sepejabat dan juga nasihat dari Dr Shidah untuk teruskan pengajian kebetulan msa tu sem 1 baru lagi pregnant dan terpaksa extend sem 2 sebab msa tarikh register untuk sem 2 masa tula bersalinkan Adam Rizqi.Ada niat jugak sebenarnya untuk sambung jugak dalam pantang tu tapi sudah diingatkan supaya berpantang sebaiknya untuk anak pertama.Ada benar jugak kata-katanya.






Perjalanan master of course ada pasang surut dan berjaya mengandung dua kali sewaktu dalam pengajian..ahahahah so terlahirlah adam dan hawa selama tempoh 2 tahun setengah . Selamat melahirkan hawa selepas hantar dissertation dekat faculty dan supervisor. Kebetulan masa tu dapat supervisor yang sangat memahami..syukur sangat..gigih la bawak perut kehulur kehilir jumpa supervisor sampi ke rumah dan berjaya penuhi permintaan supervisor..



masa ni pregnant kan hawa ammara n submit dissertation 

Kadang ibu rasa macam mimpi ibu berjaya habiskan pengajian dalam ijazah sarjana (Master)..ini semua berkat sokongan suami yg utama..bantu dari segala hal..I love U..yess UUUUUUU!!!!!

Disebabkan ada certain subject yg perlu diambil dan tak sama macam student part time yg lain so ibu terpaksa join kelas full time untuk cover balik..so dalam seminggu ibu ada dua kali kelas..Penat? of course la penat ..tetapi waktu tu belum pregnant so rasa lapang la nk bergerak..kalau x gigih jugakla sebab perut ibu mmg besar yee masa pregnant mana tak nya 20 kg naik tau..





Jarak dari parking kereta ke kelas pun boleh tahan jauhnya..Tetapi yg ibu seronok bila kita pregnant orang akn lebih hormat kita bila kita menuntut ilmu,,pernah satu ketika ibu hampir pitam..sebabny jarak dari kelas ke surau agak jauh dan berulang alik ke toilet sebab sakit perut. hampir nak pitam tapi ibu gagahkan jugak diri sebab ada test statistic hari tu..Alhamdulilah ibu kuat,,anak2 ibu pun kuat walaupun ada masa pregnant kan Adam ibu admitted sbb Adam kurang gerak...huhuhu beristirehatla ibu di hospital kebetulan masa tu rumah xda air ibu mengangkut plak air ..

Apa- apa pun ibu xpernah menyesal sambung master dan merasa bangga dgn pencapaian diri ibu..harap-harap anak-ank ibu pun bangga dan dapat contohi usaha keras ibu dalam jihad menuntut ilmu ye sayang..Ambilah semangat ibu ini dikala rasa jatuh  dan lelah..tiada benda yang muda jikalau ingin berjaya dan percayalah sekiranya kita bodoh tetapi kita berusaha maka Allah akn bantu memberi kebijaksaanya kepada kita..

Maka pada tahun 2019 ibu berjaya bergraduasi bersama suami dan anak2..alhamdulilah kali ini semuany lebih baik dari dua konvo sebelum ini;; terima kasih mak ayah datang msa konvo akak..akak xmampu beri wang berjuta pada mak ayah tapi akak janji akn beri kejayaan untuk buat mak ayah tersenyum..

Pesanan ibu buat anak2 ibu..ibu tidaklah hebat tetapi ibu cuma mahu anak-anak ibu jangan pernah berhenti menuntut ilmu...ilmu itu sampai ke liang lahad tidak pernah habis..Ikhlaskn diri dalam jihad menuntut ilmu.. hormat pada orang yg lebih banyak ilmunya dan gali sebanyak mana ilmu yang boleh,..Allah kurniakn kecelikkan hati minda dan mata buat anak2 ku...jadikan mereka manusia atau khalifah untuk insan lain..tetapkan hati mereka agar tidak terpesong dengan anasir-anasir jahat....amin..


Tekad ibu untuk dapatkan PHD sebelum umur 35 tahun..Allah mudahkn dan buka ruang rezeki untuk upgrade ilmu dalam diri. : D

-ibu tengah nak maksudkan gmbar konvo xtau letak mana..ehehee