Wednesday, June 8, 2011

-istiqharah-

skunk nie kita nk bncng tntng apa itu istikharah 
mmndngkn de la dpt 1 lgu dr stigma-cinta istikharah..
rsa terpanggil untuk merungkai apa itu istikharah....
klu nk lirik lgu bly tgok kt blog misi totin sbb die pun de update psal nie...
what's is istiqharah???
perlu ke wat..or anda pnah wat x???hurmm.
or dengr owng sbt je psal bnda nie.
so i wanna share dis duniawi knowledge with u guys...
sy rsa mcm pnah wat tp carany mcm x btol jer...
so rsa untuk merungkai apa itu istiqharah nie bgitu kuat..
sbb rsa sgt2 memerlukan istiqharah ini....
sbb kdg2 dunia nie sgt mengelirukn...
untuk tidak terpesong nie jlnny..
yg pasti yakin bila mlksannaknny..tue adlh kunci untuk mlksanakn istiqharah nie..
yakin untuk meyerahkn segala2 ny pd Allah tnpa ada keraguan ..
istiqharah InsyaAllah dpt mmberi jln untuk meleraikn kekusutan dlm kehidupn dlm mmbuat pemilihan yg terbek...
nie antra cara untuk melaksanakn istiqharah..

Solat dua rakaat. 
Rakaat pertama dibaca Surah Al-Faatihah dan Surah Al-Kaafiruun ( Qul yaa ayyuhal kaafirun) dan di rakaat kedua dibaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlaas ( Qul hua Allahu ahad).
Solat Istikharah ini dilakukan sebelum tidur atau ketika sembahyang tahhajud diakhir malam (selepas jam 3 pagi) dan yang paling afdhal dilakukan sebelum tidur.Cara yang lain afdhal atau terbaik untuk  lakukan solat istikaharah dan mendapat petunjuk dari Allah ialah dengan melakukan perkara berikut sebelum tidur:-
  1. Ambil wudhuk ( akan tidur dalam keadaan berwudhuk)
  2. Sembahyang sunat taubat 2 rakaat Pada Rakaat pertama dibaca Surah Al-Faatihah dan Surah Al-Kaafiruun ( Qul yaa ayyuhal kaafirun) dan di rakaat kedua dibaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlaas ( Qul hua Allahu ahad).
  3. Bertaubat kepada Allah dengan sesungguhnya dengan menyesali perbuatan maksiat yang dilakukan dan berazam tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut.
  4. Sembayang solat hajat agar diberi petunjuk untuk menyelesaikan masalah. Bacaan adalah sama dengan solat taubat.
  5. Membaca Al-Quraan sebaik-baiknya surah Yasin
  6. Sembahyang Istikharah sebagaimana yang diterangkan. Selepas sembahyang terus tidur dengan membaca doa sebelum tidur dan juga ayat-ayat quraan yang menjadi amalan RAsulullah untuk menghindarkan dari gangguan syaitan.
Doa istikharah dibaca ketika sujud atau selepas solat:Mafhumnya:

 Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya /engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku.
Petunjuk yang akan didapati ialah segala keputusan yang terdetik dihati kita selepas kita melakukan solat istikharah tersebut. Apa saja kecendrungan hati kita selepas itu adalah dikira petunjuk dari Allah Taala. 
Ramai yang menganggap bahawa petunjuk adalah berbentuk mimpi ketika tidur selepas melakukan solat istihkarah dan tanggapan ini adalah meleset kerana ianya begitu jarang berlaku dan tidak menjadi syarat kepada petunjuk. 
Memadailah dengan kecenderungan hati kita dalam membuat keputusan. Tetapi kita jangan lupa bahawa kita hendaklah sentiasa mengingati Allah Taala dan bertawakkal kepadanya disamping kita menjauhi segala amalan dan perbuatan yang tidak di redhai Allah demi untuk mengelakkan gangguan dari syaitan.
Kekeliruan untuk membuat keputusan selepas sembahyang istikharah tidak akan tiimbul apabila kita telah bertawakkal kepada Allah dengan sepenuhnya. Apabila kekeliruan masih timbul, ini menunjukkan kurangnya bertawakkal kepada Allah. 
Buatlah satu keputusan dan terus berpegang kepada keputusan itu tanpa was-was. Sentiasalah berdamping kepada Allah dengan zikir dan Istighfarr. Bercintalah Dengan Allah kerana Allah sama sekali tidak akan menolak cinta hambanya apatah lagi mengecewakan hambanya...berlainan dengan cinta manusia yang bersifat sementara dan hipokrit dan sebagainya...

-selamat melaksanaknny-...
idup bhgia selamany...
InsYaALLAH..

2 comments: