Thursday, November 7, 2013

~CEKAL~

Lembaran yang dulu tidak akan sama dengan lembaran yang sekarang..
seringkali mendengar rintihan dan omelan rakan-rakan..
seandainy waktu itu dapat diputarkan ingin sekali menjadi seperti dulu..
Ya ALLAH..
walaupun wktu ku kembali pada waktu dulu kehidupan ku tetap dengan tangisan..
tiada yang dapat ku bangga kan..
hingga ke hari ini..
keadaanny masih sama.tapi betambah rumit..
mungkin jika tidak kerana keadaan yang dulu
tidak la aku menjadi seperti sekarang.
kerana dengan masalah ,ujian dan musibah itu,.,
maka aku sering bergantungan dan berkasihan dgn mu Ya Allah..
jika itu semua tidak terjadi barangkali sekarang aku masih lagi menjadi manusia jahil..
aku tahu pasti ada jalan untuk kehidupan inii..
walau seperit mana ujian walau sebanyak mana air mata yang mengalir itu..
namun kerana kepercayaaan ku padamu maka dengan itu aku kembali menyedari 
bahawa masih ada jalan untuk kehidupan aku..
walaupu bebanan itu bukanny dari aku..
namun semua itu buatkn aku jadi seorang hmba yg kuat..
masalah dan ujian mendewasakan aku..
jadikan aku matang..
jadikan aku seorang yg sentiasa berpikir..
pikir untuk mencari jalan..
dan jadikan aku sebagai seorang yang tidak pernah putus doa dan merintih padamu ya ALLAH..
selagi jasad masih menghuni ditubuh ini..
gagahkna jua untuk meneruskan perjalanan..
Ya Allah jadikan aku manusia yang berjasa ya Allah..
permudahkan jalan hidup aku agar aku turut dpt permudahkan hidup yg lain..
beri jalan yang terbaik untuk hidup ku Ya Allah..
biarpun bukan kesenangan yg Engkau limpahi..
aku mohon limpahi aku dengan kebahagian dan ketenangan yg berpanjangan Ya Allah..
semua itu xmampu aku beli dengan wang ringgit..
hanya dari Mu ya Allah..
moga KESABARAN KEKUATAN ITU sentiasa bertambah..




No comments:

Post a Comment