Friday, July 12, 2013

Kekecewaan Semalam

Assalammualaikum..
hari dah masok Ramadhan yang ke 4 ...
alhamdulilah..
xpernah lupa untuk solat sunat taubat ,hajat dan duha..
semoga ISTIQHOMAH..
nak amalkn solat -solat ini untuk bulan2 lain jgk..solat ny ringan sgt..tak susah pun..apalah sgt dgn 2 rakaat itu nk dibandingkan dgn nikmat yg Allah beri pada kita..
so semalam merupakan tarikh keluar keputusan UPU..
so ramaila adik2 kita yg dh semangat untuk semak keputusan UPU
bg aku dulu itu merupakan saat yang sgt mendebarkan..
siapa yang tidak mengidamkan untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA..
begitu juga diriku...
tapi malangnya pada masa itu tidak semudah itu untuk mengharungi..
percubaan kali pertama gagal..
perkataan pertama yang dilihat pada skrin henset 3310 hanyalah perkataan DUKACITA..
sayu rasa hati..
masa tu dlm perjalanan balik dari kerja..
minah kilang ..
baru habis untuk shif malam..gunakan khidmat pesanan ringkat untuk semak kelayakkan..
bila dh nampak perkataan dukacita..
apa yang mampu aku lakukan..
mungkin nasib tidak menyebelahi aku..sabar..
tapi aku bawak diri ku jugak ..gagahi walaupun masa tu sangat kecewa..rasa macam nk meraung..
kekecewaan yang bukan hnya untuk aku tapi untuk keluarga ku jugak..
mungkin kesilapan ku jua ..
masa nak isi UPU punya online form..apalah yang aku letak eh..
masa tu tak ada orang guide..semua buat sndri..almklumla abang2 semua paras2 spm..dan mmg tak ambil port untuk itu ..
dengar kawan2 yg lain dpt tawaran seronokny mereka..
kadang2 tertanya-tanya kenapa tidak aku..
sedih sangat..
bila balik kerja rasa macam nk pergi satu tmpat yang aku boley lupakan semua kekecewaan itu..
tetapi siapalah kita yg nk melawan takdir dan mengubah takdir..
kerana Allah itu telah merancang sesuatu yang baik buat kita..
tidak semestinya tak dapat masuk U bererti kita tidak berilmu..
alhamdulilah Allah bagi aku rasa kekecewaan yg mungkin orang lain xpernah merasainy..
Allah bagi pengalaman untuk aku..
walaupun semua pengalaman itu perlu dibayar dengan ribuan ringgit..
perjalanan hidup yg tidak semudah orang lain ..mmbuatkan aku lebih tegar dan kuat berbanding orang lain..
perlahan-lahan Allah beri nikmat kejayaan kepada aku agar aku dapat rasa kepuasan sebenar berbanding dgn orang lain yg Allah telah berikan nikmat itu tetapi mereka sia-siakan..
terima kasih Ya Allah..benar..gagal sekali bukan bermaksud kita akan gagal selama-lamanya..
InsyaAllah akan aku manfaatkan nikmat-nikmat yg Allah berikan ini..
membuktikan kegagalan semalam bukan bermaksud kegagalan akan datang...

PROF TO BE :)
Fighting!

No comments:

Post a Comment